Mengenai Kami
Bermula dari rumah
ke tahap yang lebih profesional
E Cube Computer Service, penuh dengan sejarah dengan bermula secara kecil-kecilan di rumah. Ditubuhkan pada 2012, hanya menjual aksesori computer dan ink printer di Johor Bahru. Kami melebarkan sayap perniagaan dengan membuka kedai computer pertama dan menjual pelbagai jenama computer, laptop, printer dan pelbagai produk IT. Syarikat telah dinaik-taraf kepada Sdn Bhd and terus fokus kepada dunia teknologi dari segi software, hardware dan service.
Matlamat syarikat sentiasa menjadi “One-Stop Shop” untuk semua produk computer, rangkaian dan pelayar (Server). Kini E Cube Trading Sdn Bhd telah mempunyai 3 buah cawangan kedai computer itu di Taman Gaya, Ulu Tiram, Plaza Pelangi, Johor bahru dan KipMall Masai.
Pada setiap tahun, kami sentiasa berkembang dengan memberikan perkhidmatan dalam bidang sistem keselamatan seperti pemasangan CCTV, door access, alarm dan rangkaian, NAS dan server selain membaiki komputer dan printer.
Syarikat berdedikasi untuk sentiasa menaik-taraf dengan teknologi terkini dan sentiasa meningkatkan kemahiran dan kepakarannya untuk menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan dan penyelesaian terbaik. Penekanan pasukan kami terhadap perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan perundingan yang terbaik akan membawa kepada pertumbuhan dan kejayaan yang berterusan pada masa hadapan.

Akan Terus komited
Pencapaian Kami
Penghargaan
Sebahagian penghargaan dan komited kami kepada bidang teknologi telah mendapat pengiktirafan dari pelbagai pengeluar produk teknologi dan kementerian Malaysia.